Join MultiplyOpen a Free ShopSign InHelp
MultiplyLogo
SEARCH

Puisi Elmi Zulkarnain

Lembayung senja

Menghampar di langit manja.

Pada semburat merahnya aku selipkan kata.

 

Bisikan rindu pada hati nan jauh

Di seberang samudera

Ku lukiskan kisah pilu

Aku coretkan dengan warna biru

 

"Mengapa ..

Mesti biru sedangkan langit berwarna merah ???

Kerana pada biru aku ketemukan ketenangan hatiku ...

Sedangkan pada warna merah aku letakkan derai tangisanku ..."

Stanza-stanza tambahan:

Kasih ..

hanya padamu aku menggapai harapan
Meskipun mungkin ragumu tiada pernah berhujung
Yakinlah akan sayap-sayapku yang akan membawamu terbang


Melindungimu dari panas dan hujan
Memberimu kehangatan di malam hari
Dan biarkanlah aku hinggap di hatimu selalu ...

 

Seni puisi oleh CG Elmi Zulkarnain

Seni lagu oleh CG Karmin Abbas

 

Attachment: Lembayung Senja - Antara biru dan merah (Sajak Elmi Zulkarnain).mp3
Attachment: Lembayung Senja 2 - Cg Elmi Zulkarnain & Cg Karmin.mp3

28 CommentsChronological   Reverse   Threaded
sarqina wrote on Mar 22, '08
masyaallah indah nian .....:~))
sarqina wrote on Mar 22, '08
anyway sal gah download ... n save. jangan marah ya elmi .. sal simpan dalam mp3 sal ya
elmizulkarnain wrote on Mar 22, '08, edited on Mar 22, '08
Nyanyian Puisi - Sahirah
Deklamasi Puisi - Elmi Zulkarnain

Setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan "Teraju" dari Arts House seperti CG Karmin Abbas - Gitar, Herman Mutiara & Juan Enrique - Gitar & Piano (Rembat Puisi & Abass2), Amir - Gitar Utama, Sahirah - Vokal dan Danish - Seruling (Finalis2 Dentaman Puisi).

Lagu yang dimuatkan adalah 'blur & raw piece' dan masih belum diperhalusi lagi.
Lagu akan dirakam semula setelah susunan diperkemaskan lagi.
Insyaallah.

elmizulkarnain wrote on Mar 22, '08, edited on Mar 22, '08
Hi Sal ..

Ribuan terima kasih kepada rakan penyairku, Salbiah Sirat yang sudi menjadi 'member' pertama yang menurunmuatkan lagu 'Lembayung Senja' bagi penghayatan peribadi.

Semoga terhibur ya ..

Ikhlas
Elmi Zulkarnain
peacelily25 wrote on Mar 23, '08
Salam perkenalan Elmi Zulkarnain,

Syabas bagi setiap langkah terjejak dan setiap tarian ilham yang tercoret demi memperkasakan seni. Anda seorang pencinta seni yang berbakat semula jadi. Sajak demi sajak telah diamati dan dikagumi buat kesekian kali. Biarpun sajak kali ini ringkas dek masa penulisan yang singkat (hehe...), saya tetap teruja dalam menghayati bait-bait yang sarat dengan perasaan seseorang yang terlalu merindu.

Saya pasti menanti untuk menurunmuatkan lagu yang akan diperkemaskinikan anda kelak. Semoga terus berjaya dalam apa jua lapangan.

Ikhlas,
Citra Kiambang...
elmizulkarnain wrote on Mar 23, '08, edited on Mar 23, '08
Salam buat yang dihormati peacelily25,

Saya amat terkesan dengan kata-kata anda yang sesungguhnya memberangsangkan. Terima kasih kerana sudi menghayati bait-bait puisi yang telah saya kuntumkan. Semoga sokongan anda akan berterusan.

Citra kiambang ... Hmm .. Indahnya tiada ternilai.

Ikhlas,
Elmi Zulkarnain

Pesan penyair:

Dalam dunia yang dinodai kepalsuan manusia, senilah merupakan kunci yang membuka jiwa setiap insan. Seni merupakan hasil keikhlasan atas dasar kesungguhan. Hanya seni yang mampu membebaskan diri dari pasungan dan pembekuan.

gulbakawali wrote on Mar 23, '08
seni juga merupakan hasil kesungguhan atas dasar keikhlasan ;}
mutiara75 wrote on Mar 23, '08, edited on Mar 23, '08
Minta maaf kerana merosakkan rakaman awak di akhir lagu ini bila saya terus masuk lagu 'Rupa Tanpa Wajah' dari Kembara tanpa warning.

Walau bagaimanapun, saya ucapkan syabas atas gandingan Cg Elmi & Cg Karmin dalam penulisan sebuah lagu puisi yang sungguh berbisa.

herman.mutiara
elmizulkarnain wrote on Mar 23, '08, edited on Mar 23, '08
Arigatolah banyak2 wahai teman seperjuanganku Herman Mutiara.

Saya juga berasa amat bangga dengan kebolehan dan kemahiran anda dalam bidang muzik. Anda banyak menyokong saya, lebih2 dalam usaha melagukan puisi-puisi.

You too are truly inspirational my friend .. !

Ikhlas buat Herman Mutiara,

Elmi Zulkarnain

(Kita rakam semula lagu ini dengan lebih baik lagi .. Boleh dikongsi dan menjadi dendangan semasa pelancaran ABASS2 - Insyaallah!)
jahmujahadah wrote on Mar 30, '08
Salam,

melodinya menghantu... asyik nyanyi aje dari semalam...
lebih-lebih lagi, bahagian "aku coretkan dengan warna biruuuuu"...
Macam-macam nada pada "uuuuu" yang boleh dibuat...

Apa jadi, kalau coret dengan warna unguuuuu... (merah campur biruuuuu)....
lol.

Wassalam.
jahmujahadah wrote on Mar 31, '08, edited on Mar 31, '08
Salam,

Okey, untuk suka-suka... tadi nyanyi-nyanyi, ni plak terkeluar dari bibir:

Cebisan cintaaa dari hati nan luluhhh...
Di kalam duka ku titipkan kata sendu
Aku serikan dengan warna unguuuu...

(actually, original more like:

Cebisan cinta pada hati nan lukaaa
Di langit duka, ku titip segenap rasa...
===> tapi, nak serikan dengan warna ungu punye pasal, tak sedaplah pulak... kecuali tukar warna...
Aku serikan dengan warna-warna...)

Jangan mare ;D

Plus, bila free, nak copy lagu ni, letak kat multiply S.K.
Time kaceh.

Wassalam...
elmizulkarnain wrote on Mar 31, '08
Hai S.K and friends .. !

Elmi sudahpun memuatkan stanza2 tambahan di atas. Klip audio yang terkini (rakaman terbaharu bersama deklamator dari 'Dentaman Puisi') akan Elmi muatkan dalam masa terdekat ini.

Btw, I suka bait-bait di bawah .. *hehe*
S.K tulis buat siapa tu?

Sekiranya projek buku kita berhasil dan ada majlis pelancaran, apa kata kita persembahkan lagu puisi artistik ini? S.K boleh mendeklamasikan bahagian sajaknya .. Do think about it ya. Please ...

Ikhlas:
Elmi Zulkarnain
jahmujahadah wrote on Mar 31, '08
Salam,

Ok, ok... as long as Mutiara yang nyanyi dan Elmi deklamasikan bahagian sajak ;)
Nape nak sangat lagu ni, hmmmmm...
(Tak cukup, ke, semalam gue nyanyi over and over, "lembayung senja, lembayung senja, lembayung senja" macam rekod rosak... lol...)

Wassalam.
elmizulkarnain wrote on Mar 31, '08
Suara Elmi kurang hebat dibandingkan dengan suara S.K pabila mendeklamasikan sajak. Elmi rasa S.K mempunyai 'feel' yang lebih sesuai dengan persembahan lagu puisi ini .. *wink2*

So it's settled .. Yippee .. !
mutiara75 wrote on Apr 1, '08
Eh! Macam mana pulak nama saya boleh termasuk dalam ini gambar? Takpe, nanti saya cuba nyanyikan. Takut pula kalau ada yang tak suka versi nyanyian saya sebab versi Irah lagi power.
elmizulkarnain wrote on Apr 1, '08
Kita lihat sahajalah siapa yang mampu hadirkan diri.

Siapa2 sahaja pun boleh 'join sekaki'. Yang penting, ada apresiasi nilai estetika lagu ini di samping menghiburkan diri .. But seriously, Herman you have to be there somehow .. siapa pulak nak petik tu gitar nanti ... ?
jahmujahadah wrote on Apr 1, '08
Salam,

Suara Irah memang power :)
Suara Yati pun power :)
Kalau dimainkan lagu ni dendangan mereka berdua di radio, mesti best punye...

Bagi sebarang pergerakan ABASS, kami agak jelas mengenai suara wanita dan aurat.
Saya masih menilai di mana letaknya deklamasi suara wanita dalam hal ini.
Dalam perbincangan dengan asatizah yang lain, bersependapat bahawa ianya boleh sekiranya
1. keadaan terkawal
2. kandungan puisi hendaklah bersesuaian dengan kehendak Islam
3. berniat untuk menyampaikan sesuatu, bukan untuk memperdengarkan suara yang lunak

===> Sedang mendapatkan pandangan lain. Sementara itu, sedang berusaha untuk mengikuti syarat-syarat ini seberapa dapat...

Wassalam.
elmizulkarnain wrote on Apr 1, '08
Oic ...

No worries. I'll go with whatever SK decides. I think Herman will agree too.Thanks S.K.

Elmi Zulkarnain
elmizulkarnain wrote on Apr 2, '08, edited on Apr 2, '08
Salam buat dunia ...

Versi lagu puisi 'Lembayung Senja 2' berformat mp3 dengan stanza2 tambahan sudahpun saya muatkan bersama di atas. Sudi-sudilah kawan-kawan mendengarnya.

Terima kasih kepada Cg Karmin kerana sudi meminjamkan keretanya bagi tujuan rakaman 'raw but live'. Penghargaan kepada Irah (suara merdu tiada tandingan), Yati (pendentam puisi) dan tidak lupa Herman Mutiara (petikan gitar unggul). Thanks Juan for helping us record the song ..

Semoga karya ini dapat didendangkan secara 'live' untuk semua dalam masa yang terdekat ini. Insyaallah ..

Ikhlas
Elmi Zulkarnain

P.S Citra dan Sal sudah boleh menurunmuatkan lagu ini dah ... Yippee!
sarqina wrote on Apr 2, '08
bila sal ulang baca puisi ini, sesuatu yang luarbiasa dan juga luahan rasa. Itu pendapat sal... Melankoli menusuk kalbu. pertama tama sal dengar puisi ini masa mulanya elmi upload...sal sudah rasa 'luar biasanya'. Teruskan dan semangat elmi. I always support you!!! Syabas!!!
elmizulkarnain wrote on Apr 2, '08, edited on Apr 2, '08
Salam buat yang dihormati Salbiah Sirat ..

Penghargaan ikhlas Elmi buat Sal yang tidak jemu-jemu memberi Elmi perangsang untuk terus menghasilkan karya puisi untuk dikongsi bersama rakan-rakan seperjuangan dan masyarakat juga. Semoga lagu puisi ini dapat dihayati dan diapresiasi oleh semua. Thanks a million Sal!

Elmi Zulkarnain
jahmujahadah wrote on Apr 2, '08
Salam...

Awwww, Yati is getting closer to the essence of the poem...
Tersentuh dengan deklamasi dia kali nih...
Awwwwww.....

Kita buat pra-pelancaran, ah...
(Buku belum siap, dah fikir nak pra-pelancaran, hehe... ;D )

dpir wrote on Apr 3, '08, edited on Apr 3, '08
Salam SK dan yg lainnya
Semangat begini yang dapat membuahkan hasil di luar pandang.
Kerana ada ikhlas dalam cinta
Maka akan ada hasil dalam usaha, Insya-ALLAH

Yattane! Bravo..........
elmizulkarnain wrote on Apr 3, '08
Hi R.K!

"Kerana ada ikhlas dalam cinta" - Wow!
Elmi setuju benar dengan frasa ini .. Sungguh bermakna ..

Semoga kita dapat bergerak bersama-sama, menentang arus dan berjaya sampai ke puncak terbilang!

Elmi Zulkarnain
dpir wrote on Apr 4, '08
Insya-ALLAH :) Bisa menggegarkan!
elmizulkarnain wrote on Apr 7, '08
Bisa .. bisa ... ! Saya yakin banget!
raflazibi wrote on Nov 11, '08
puisi saudara menggugat jiwa ku ingin melontarkan sekalung taniah diatas usaha anda terhadap seni ini..semoga usaha anda menjadi ikon golongan muda seperti saya
elmizulkarnain wrote on Nov 14, '08
Salam buat sdr raflazibi ...

Terima kasih kerana sudi menghayati seni kata / puisi 'lembayung senja'. Saya bersyukur di atas kata-kata anda yang memberangsangkan.

Ikhlas
Elmi Zulkarnain
Add a Comment
   
© 2012 Multiply · English · About · Blog · Terms · Privacy · Corporate · Advertise · API · Help · Sitemap

Template design - Copyright © 2005 Chris Vincent All rights reserved.